Alhamdulillah, today sampai hajat beli basikal Fixie. Actually kan beli this bicycle dari tahun lepas sudah, but alhamdulillah baru tercapai hari ani (: actually i am a second owner, beli dari facebook for only $140 bnd saja (: kira bertuah dapat basikal ni cause banyak yang mahu but luckily i text the owner earlier than the other.
Awal-awal my fiance cakap basikal tu kana beli sudah cause ada org awal booked. Just imagine how i felt masa tu, menangis olehnya cause aku jatuh cinta sudah arah basikal atu time first meliat. HAHAHA. Rupanya kana tipu -.-'' sengaja buat aku marah and menyamal. Sudah malam around 8pm, my fiance dtg bawa basikal atu HAHA, kira surprised lah tu, memang surprised pun, and terharu pun ada HAHA. Rasa bersyukur berabis cause akhirnya jadi milikku jua HAHA. So malam atu terus pasang tyre nya ( terpaksa dibuka cause inda muat kerita) and test powernya, aiseeeh. Okay, nada problem.. except ada few scratches, cuai owner before ani usulnya. My fiance cakap owner before ani bini-bini, since batah inda bemain, batah besimpan dlm stor, iatah ia jual atu. Fortunately, i am the BUYER! and i am so HAPPY to finally to own it .
This is it ! Pink and Purple in colors :D
Sebenarnya beli bicycle bukan sekadar untuk suka-suka tapi sebab minat berbasikal (: start menunggang basikal dari darjah 3, tapi masa tu masih pakai basikal 3 roda. Bila sudah basar sikit, barutah my dad belikan yang dua roda. Ke sekolah pakai basikal, tapi parking arah rumah kawan yang hampir dengan sekolah. Masa mula-mula bawa basikal ke sekolah, kan belajar pun susah hati takut basikal kana curi padahal sudah dikunci, HAHA. Tapi siuk lah bila dikenang zaman dulu-dulu atu. Now zaman IT, banyak perubahan sudah. Jarang lagi liat kanak-kanak main basikal. Banyak yang main game di cyber-cyber, main Ipad, Ipod dan yang sewaktu dengannya.
By the way, nak share sikit tentang kebaikan menunggang basikal (:
1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) MERAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3) MEMPERBAIKI MOOD
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5) MENGUATKAN TULANG
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
6) MEREHATKAN MINDA
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Dapat info ni daripada : http://anizyn.blogspot.com/2012/05/berbasikal-cara-mudah-melangsingkan.html

JOM BERBASIKAL ! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan